kilang pemprosesan kayu di Jalan Johan 1/3, Kawasan Perindustrian Pengkalan 2 di sini hari ini.

Kejadian pada pukul 9 pagi itu berlaku ketika mangsa, Muhamad Sabri Muhamad Yusof, 45, sedang membuka rantai pengikat kayu balak.

Muhamad Sabri membawa potongan kayu balak itu dari Gerik untuk dihantar ke kilang berkenaan.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Ahmad Tarmizi Hassan berkata, pihaknya ke lokasi kejadian setelah menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.06 pagi.

Katanya, sebaik sahaja sampai di lokasi tersebut, kayu balak berkenaan telah berada di sisi mangsa yang ketika itu dalam keadaan separuh sedar.

“Mangsa diberikan bantuan pernafasan kecemasan (CPR) dan diserahkan kepada pihak ambulans untuk tindakan lanjut,” katanya.-UTUSAN ONLINE