Dalam kemalangan kira-kira pukul 5.20 pagi itu, pemandu lori berkenaan, Mohd. Faizal Abdullah, 38, dan kelindannya, Suhaimi Abdullah, 47, yang tersepit di dalam kenderaan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintenden Kamarulzaman Jusoh berkata, kemalangan berlaku semasa lori dinaiki ke­dua-dua mangsa dalam perjalanan pulang dari Pasar Selayang ke daerah ini.

“Ketika tiba di lokasi kejadian, lori itu merempuh belakang treler membawa muatan batu yang berada di lorong kiri arah sama dan terseret kira-kira 150 meter sebelum disedari pemandu treler.

“Kedua-dua mangsa cedera parah dan tersepit dalam kenderaan tersebut sebelum dikeluarkan dengan bantuan anggota bomba,” katanya di sini hari ini.