Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Pemandu jentolak maut

Pemandu jentolak maut
ANGGOTA bomba berusaha mengeluarkan mayat Faridzul yang tersepit dalam nahas di Bukit Besi Dungun petang semalam. - UTUSAN

DUNGUN 22 Ogos - Seorang pemuda maut setelah kereta yang dipandu hilang kawalan dan merempuh tiang elektrik di kilometer 81 Jalan Jerangau - Jabor berhampiran bandar Bukit Besi petang semalam.

Faridzul Izham Ahadam, 32, meninggal dunia di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah, Superitenden Ahmad Zailani Yaacub ketika dihubungi memberitahu, ketika kejadian kira-kira pukul 6 petang; mangsa dalam perjalanan pulang dari tempat kerja.

“ Mangsa merupakan seorang pemandu jentolak di sebuah syarikat di Kuantan dan ketika kejadian , dia dalam perjalanan kei Kampung Telemong, “ katanya.

Menurut beliau, ketika tiba di satu selekoh, kereta mangsa dikatakan terbabas memasuki laluan bertentangan sebelum melanggar sebatang tiang elektrik di bahu jalan.

“Mangsa tersepit di tempat duduk dan pihak bomba dipanggil untuk mengeluarkannya,

“ Pihak bomba terpaksa menggunakan khidmat kren untuk menarik kereta mangsa yang melekat pada tiang elektrik,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain