Dalam kejadian pada pukul 11.20 pagi tadi, mangsa Tio Beng Hwa, 47 , dari Kuala Ketil, Kedah yang memandu kereta jenis Perodua Kancil sedang dalam perjalanan ke arah Farlim, Air Itam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, akibat rempuhan berkenaan, kereta mangsa terbabas ke kanan kalan dan melanggar pembahagi jalan.

" Mangsa yang tidak sedarkan diri dibawa ke Hospital Pulau Pinang dan disahkan meninggal dunia sebaik dirawat di wad kecemasan. Bedah siasat yang dijalankan mendapati punca kematian adalah disebabkan serangan jantung," katanya di sini hari ini.

Katanya, penunggang motosikal yang berusia 67 tahun pula hanya mengalami kecederaan ringan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-UTUSAN ONLINE