Jurucakap bomba berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 11 pagi ketika pemandu berkenaan dalam perjalanan untuk menghantar bahan itu ke kilang terletak di kawasan perindustrian tersebut.

Katanya, tiba di tempat kejadian, mangsa terkejut melihat bahagian tayar belakang sebelah kiri lori dipandunya telah terbakar.

“Pemandu terbabit segera memberhentikan kenderaan dan keluar menyelamatkan diri sebelum menghubungi bomba untuk mendapatkan bantuan memadamkan kebakaran itu.

“Sepasukan anggota bomba yang tiba di lokasi kejadian pada pukul 11.15 pagi segera memadamkan bahagian lori yang sudah 40 peratus terbakar ketika itu,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, kebakaran berjaya dikawal dalam masa 10 minit dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada pukul 11.45 pagi. - UTUSAN ONLINE