Pegawai Bomba Kanan II dari Balai Bomba dan Penyelamat Senawang, Amir Abu Kasim berkata, kejadian kira-kira pukul 11.50 pagi itu menyebabkan kesesakan lalu lintas sejauh tiga kilometer di laluan berkenaan.

"Lori yang tidak membawa muatan itu terbalik apabila tayar depan bahagian kiri kenderaan berat itu pecah sewaktu tiba di lokasi kejadian.

"Pemandunya, Kamarudin Mohammad, 50, cedera di bahagian kepala dan kaki," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Amir berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu pada pukul 11.53 pagi dan tiba di lokasi kejadian kira-kira-kira 16 minit kemudian.

Menurut beliau, dua pegawai dan enam anggota bersama dua buah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Senawang dikerahkan memberi bantuan.

Ujarnya, pihak bomba mengambil masa 25 minit membersihkan lokasi kemalangan dan pemandu lori dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar di sini bagi menerima rawatan. - UTUSAN ONLINE