Dalam kejadian pukul 7.30 pagi itu, mangsa N. Nagardevan, 40, yang memandu lori itu seorang diri cedera ringan di kaki kanannya.

Ketua Polis daerah, Superintenden Zainudin Ahmad berkata, siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila lori jenis Nissan dari arah Sepang, Selangor menuju ke Seremban itu hilang kawalan ketika membelok ke kiri lalu terbalik.

“Mangsa yang berasal dari Tanjong Sepat, Selangor luka di bahagian kaki kanan dan dia sendiri hadir membuat laporan kemalangan itu di Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson,” katanya di sini hari ini.

Zainudin berkata, kes disiasat mengikut Peraturan 10 LN 166/59 kerana kesalahan memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kemalangan. - UTUSAN ONLINE