MOHD. APANDI MAHMOOD
MOHD. APANDI MAHMOOD

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu, Mohd. Apandi Mahmood berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 6.40 petang, bas yang dipandu Addy Rosel dalam perjalanan dari Sandakan ke Semporna dipercayai melanggar belakang sebuah lori sebelum hilang kawalan lalu terbabas ke dalam gaung.

Ekoran kemalangan itu, kata Mohd. Apandi, pemandu bas berkenaan patah kaki manakala 10 penumpang bas tidak mengalami kecederaan.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan awal mendapati, bas ekspres itu mengalami masalah brek yang gagal berfungsi.

Katanya lagi, sejurus berlaku kemalangan tersebut. pihaknya menerima panggilan kecemasan dan sembilan anggota bomba bersama dua jentera bergegas ke lokasi kejadian.

Mohd. Apandi berkata, pemandu bas yang cedera telah dihantar ke Hospital Lahad Datu bagi menerima rawatan. - BERNAMA