Mangsa, Nurnadia Syakila, 9, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Nyabau di sini, pemandu bas yang belum dikenal pasti identitinya maut di tempat kejadian.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada pukul 6.12 pagi.

Katanya, sejurus menerima laporan, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu dan BBP Samalaju diarahkan ke lokasi untuk melakukan kerja-kerja menyelamat.

“Tiba di tempat kejadian, pasukan bomba mendapati pemandu bas berada dalam keadaan tersepit dan operasi mengeluarkan mangsa segera dijalankan,” katanya ketika dihubungi di sini pagi ini.

Tambahnya, punca kemalangan masih dalam siasatan. - UTUSAN ONLINE