Zaidy Mohamad Zaifaizal Mahendra
Zaidy Mohamad Zaifaizal Mahendra

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.20 pagi itu, motosikal jenis Yamaha Y15ZR ditunggang Zaidy berlanggar dengan sebuah motosikal lain di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Zaldino Zaludin berkata, penunggang sebuah lagi motosikal itu, Dzul Fikar Idris, 27, yang berasal dari Kuala Lumpur cedera dalam kemalangan itu.

"Siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku apabila Zaidy yang menunggang motosikal di lorong paling kiri mengelak sesuatu di lorongnya sebelum dia hilang kawalan lalu terbabas di lorong paling kanan.

"Dzul Fikar yang menunggang di lorong tengah kemudian melanggar Zaidy dan turut terjatuh di atas jalan raya," katanya di sini hari ini.

Zaldino berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Difahamkan Zaidy meninggal dunia sewaktu menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja'afar di sini dan mayatnya telah dibawa ke Batu Ferringhi, Pulau Pinang untuk dikebumikan. - UTUSAN ONLINE