Jurucakap bomba berkata, bot milik Jonathan Wayne, 72, karam semasa ditambat di jeti berkenaan pada pukul 4.48 petang.

Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang diketuai Tawang Linggem melancarkan operasi menyelamat sebaik sahaja menerima laporan mengenai kejadian tersebut.

"Tiba di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati bot milik Wayne yang diikat di depan jeti tersebut sudah karam.

"Namun, tiada operasi menyelamat dilakukan dan pihak bomba hanya membantu mengangkat serta memindahkan barang-barang milik mangsa dari bot ke daratan," katanya ketika dihubungi, di sini malam ini.

Beliau berkata, kejadian itu merupakan kali kedua mangsa berdepan dengan insiden bot karam selepas pengalaman pertama pada tahun lalu.

Katanya, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian tersebut. - UTUSAN ONLINE