Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran itu pada pukul 3. 45 petang.

Menurutnya, kebakaran melibatkan rak perkakasan kain, bantal, tilam dan peralatan plastik yang musnah terbakar.

Katanya, ketika jentera bomba tiba di lokasi, kebakaran masih berlaku dan asap tebal menyelubungi bahagian dalam premis.

"Semua pelanggan telah keluar dari premis menyelamatkan diri.

"Anggota bomba turut melakukan pengudaraan bagi memastikan asap dapat dikeluarkan dari bangunan tersebut," katanya. - UTUSAN ONLINE