Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohamad Mansor Mohd. Nor berkata, Kim Chae Won,71, ditemukan pada pukul 1 petang  oleh Orang Asli yang menyertai operasi mencari dan menyelamat  berkenaan. 

"Pasukan penyelamat membawa keluar mangsa dengan membuat pengusung daripada kayu dan baju untuk mengangkat mangsa yang ditemukan kira-kira 1.5 kilometer daripada pusat operasi sementara di pusat peranginan itu.

"Mangsa yang lemah dihantar ke Hospital Bentong untuk rawatan dan berada dalam keadaan stabil,"katanya di sini.hari ini.

Jumaat lalu,  Chae Won dilaporkan hilang selepas  mengunjungi  kawasan Japanese Tea di Berjaya Hill Resort kira-kira pukul 3 petang. - UTUSAN ONLINE