Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, Muhamad Shakirin Muhamad Subri, 20, berasal dari Sungai Petani, Kedah meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di pelbagai anggota badan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintenden Hasan Basri Yahya berkata, ketika kejadian mangsa yang memandu kereta jenis Perodua Viva dalam perjalanan dari Alor Gajah menghala ke Durian Tunggal.

"Sebaik sahaja tiba di tempat kejadian, kereta yang dipandunya hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah lori membawa muatan sawit dipandu seorang lelaki berusia 42 tahun.

"Berikutan rempuhan itu, pelajar tersebut meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - UTUSAN ONLINE