Dalam kejadian kira-kira pukul 1.55 petang itu, Nur Syakhirin Amalina Mohd Ruzi, 23, dari, Kelantan mengalami kecederaan teruk membabitkan tulang belakang dan kepala.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Lee Chong Chern berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa cuba bergerak dari tingkap biliknya ke tingkap bilik rakan yang terkunci dari dalam.

"Walau bagaimanapun, dia terjatuh dan saksi yang melihat kejadian itu memaklumkan pelajar jurusan perakaunan itu ditemukan terbaring dengan kepalanya berlumuran darah.

"Saksi kemudian mendapatkan bantuan  menghantar mangsa ke Pusat Jantung, Hospital Umum di sini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, saksi turut terdengar mangsa sempat menuturkan perkataan 'ayah' ketika dijumpai terbaring.

Katanya, ketika kejadian, mangsa hanya bersendirian di asramanya.

"Namun, punca sebenar kejadian belum dapat dipastikan memandangkan keadaan mangsa kritikal," ujarnya.

Tambahnya, buat masa ini, kes lebih terarah kepada kemalangan memandangkan tiada motif jelas mangsa melakukan cubaan bunuh diri.