NUR NASIBAH IBRAHIM
NUR NASIBAH IBRAHIM

Mangsa, Nur Nasibah Ibrahim, 21, dari Kampung Alor Pasir, Pasir Puteh Kelantan meninggal dunia di tempat kejadian manakala 14 lagi rakannya yang turut berada di dalam bot tersebut terselamat namun ada di antaranya mengalami kecederaan.

Kesemua mereka dikatakan menaiki bot itu dari Pulau Perhentian menuju ke Kuala Besut.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohd. Zamri Mohd. Rowi berkata, bot yang dinaiki pelajar terbabit dikatakan dipukul ombak sehingga hilang kawalan dan terbalik.

"Kesemua mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan Kuala Besut dan Hospital Besut untuk menerima rawatan lanjut," katanya di sini hari ini.

Difahamkan kesemua mangsa merupakan sebahagian daripada 60 ahli MPP dari 20 buah universiti di seluruh negara yang mengikuti program kepemimpinan di pulau pelancongan itu sejak semalam. - UTUSAN ONLINE