MUHAMMAD BUKHARI SHAFIEE
MUHAMMAD BUKHARI SHAFIEE 

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, kemalangan pertama kira-kira pukul 2 pagi di Jalan Limbongan melibatkan dua buah motosikal yang bergesel sesama sendiri sebelum salah satunya terbabas dan merempuh pokok.

“Mangsa, Muhammad Bukhari Shafiee, 20, dari Kampung Bukit Beruang maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di badan berikutan kemalangan tersebut manakala seorang lagi hanya cedera di lutut.

KEADAAN motosikal seorang penuntut UiTM yang terbabas ke pembahagi jalan dan merempuh pokok sehingga

KEADAAN motosikal seorang penuntut UiTM yang terbabas ke pembahagi jalan dan merempuh pokok sehingga meragut nyawa pelajar itu di Jalan Limbongan, Melaka pagi tadi. - UTUSAN ONLINE

“Kemalangan kedua pula berlaku pukul 11.45 pagi di Jalan Merdeka melibatkan seorang pelancong lelaki warga Perancis, Tatarian Maurice, 64, yang maut selepas dirempuh kereta jenis BMW yang terbabas ketika terlibat dalam kemalangan dengan kereta Honda Jazz,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE