Zaharudin Rasip
Zaharudin Rasip

Mangsa, Lukman Al-Hakim Mohamad Hairil yang juga pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Muar di Bakri, disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 4.30 pagi di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF).

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 5 petang semalam ketika mangsa cuba mengambil bola tampar yang terjatuh ke dalam kolam renang berdekatan.

“Menurut saksi, mangsa tiba-tiba terjatuh ke dalam kolam sedalam kira-kira 2.7 meter. Mangsa diselamatkan oleh rakan-rakannya sebelum dikejarkan ke hospital berkenaan untuk menerima rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini, sebentar tadi.

Menurut Zaharudin, kejadian diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR). - UTUSAN ONLINE