Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Mohamad Zainal Abdullah berkata, mangsa, Nik Aiman Nik Abdul Malik, 13, hilang dibawa arus setelah tergelincir ke dalam sungai berkenaan.

Katanya, kejadian kira-kira pukul 9.45 pagi itu berlaku ketika Nik Aiman yang merupakan pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Masjid Lama Lambor Kanan bersama rakannya memancing di belakang pusat pengajian berkenaan.

“Operasi mencari dan menyelamat mangsa kini sedang dijalankan.Sehingga kini mangsa belum lagi dijumpai,” katanya. - UTUSAN ONLINE