Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Mustafa Bakri Salleh berkata, mangsa, Nurul Jannah Zainal, 17, disedari hilang kira-kira pukul 10.30 pagi ketika berada di pulau buatan itu bersama-sama adik perempuannya berusia 14 tahun dan bapa angkatnya.

Katanya, empat orang penduduk kampung turut berada di pulau buatan itu dan mereka pergi dengan menaiki bot milik bapa angkat mangsa.

Mangsa dipercayai telah terpijak pasir lembut lalu terjelus ke dalam air dan terus hilang.

"Sebelum kejadian itu, mangsa dan adik perempuannya telah ke rumah bapa angkat mereka di Tanjung Piai pada Jumaat lalu," katanya di sini sebentar tadi.

Mustafa Bakri berkata, usaha mencari mangsa yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Benut kini giat dijalankan.

"Polis bersama-sama anggota bomba dan penyelamat, Maritim Malaysia serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) telah melancarkan gerakan mencari mangsa sebaik sahaja menerima laporan tentang kehilangan mangsa," katanya. - UTUSAN ONLINE