Dalam kejadian pukul 10.30 pagi itu, Nur Afini Roslan, 14, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua pelajar lelaki berusia 13 dan 14 tahun cedera di kepala dan telinga selepas terkena peralatan berkenaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Hamzah Ab. Razak, siasatan awal mendapati bilah mesin rumput itu tercabut dari traktor dan melantun ke arah kepala kedua-dua mangsa ketika pemandunya sedang memotong rumput di padang.

“Kita telah menahan pemandu traktor berusia 26 tahun bagi membantu siasatan dan pada masa ini kes disiasat di bawah Seksyen 304 Kanun Keseksaan,” katanya

Katanya, dua pelajar yang cedera telah dihantar ke Klinik Kesihatan Gemas untuk rawatan lanjut. - UTUSAN ONLINE