Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Norhizan Ismail berkata, mangsa menghembuskan nafas terakhirnya ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah di sini, pukul 1 pagi.

“Mangsa mengalami kecederaan serius semasa dimasukkan ke ICU sehinggalah ke hari ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu, pelajar berusia 17 tahun berkenaan patah kedua-dua belah paha, tulang tengkuk dan luka pada bahagian dahi. - UTUSAN ONLINE