Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Kuala Selangor, Pegawai Bomba Kanan II Roslan Asri mengesahkan kejadian tersebut selepas menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 1.33 tengah hari.

Ekoran itu katanya, seramai tujuh anggota termasuk pegawai dikejarkan ke lokasi kejadian bersama sebuah jentera FRT.

“Sebaik sampai di lokasi, lima anggota ditugaskan mendaki ke puncak bukit itu dengan membawa peralatan menyelamatkan seperti pengusung.

“Pendakian mengambil masa kira-kira dua jam untuk sampai ke puncak iaitu dilokasi mangsa dilaporkan tergelincir,” katanya.

Tambah Roslan, berdasarkan pemeriksaan awal, mangsa tidak dapat berjalan kerana keadaan pergelangan kaki kirinya telah bengkak dipercayai patah selepas tergelincir.

Bagaimanapun, mangsa katanya berjaya dibawa turun dari puncak bukit berkenaan dalam tempoh lebih tiga jam menggunakan pengusung manakala keadaan laluan ketika itu basah dan licin.

“Mangsa kemudiannya diserahkan kepada keluarganya sebelum dibawa ke Hospital Tanjong Karang untuk rawatan lanjut. - UTUSAN ONLINE