Dalam kejadian kira-kira pada pukul 2.30 pagi itu, mangsa, Muhamad Naqib Zubair Zamrullizam, 15, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng. Kong Soon berkata, pihaknya menerima maklumat awal mengenai kejadian tersebut pada pukul 2.34 pagi.

Menurutnya, Siasatan mendapati remaja yang berasal dari Kampung Kepayang, Ipoh bermotosikal ke arah Gopeng.

“Motosikal yang ditunggang remaja tersebut melanggar seekor kerbau dan meninggal dunia di lokasi kejadian namun haiwan yang dilanggar oleh mangsa tiada di tempat kejadian,” katanya.

Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Perempuan Bainun, Ipoh untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. - UTUSAN ONLINE