Nur Syuhaiba
NUR SYUHAIBA SHAFIEE

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu, Nur Syuhaiba Shafiee, 15, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Balai Besar maut di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala.

Mangsa yang dalam perjalanan dari rumahnya di Taman Rakyat untuk ke rumah neneknya di Kampung Batu 48 dikatakan cuba memasuki simpang sebelum sebuah lori  dari arah belakang yang dikatakan mengekori dari dekat gagal mengelak daripada merempuh motosikal mangsa. 

 Ketua Polis Daerah, Superintendan Baharuddin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan kejadian tersebut. - UTUSAN ONLINE