Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Pelajar lelaki jatuh sungai ditemukan terapung

mayat usia 13 tahun
ANGGOTA bomba membawa naik mayat pelajar berusia 13 tahun yang ditemukan terapung di Sungai Perak di Kampung Lambor Kanan, Parit hari ini. - UTUSAN ONLINE/IHSAN BOMBA

IPOH 7 Sept. - Seorang remaja lelaki yang terjatuh ke dalam Sungai Perak ketika memancing bersama rakannya di Kampung Lambor Kanan di Parit semalam ditemukan hari ini.

Jurucakap bomba berkata, mayat Nik Aiman Nik Abdul Malik, 13, ditemukan terapung pada pukul 2.15 petang ini pada jarak 100 meter dari tempat dia dilaporkan terjatuh.


Dalam kejadian pukul 9.45 pagi semalam, Nik Aiman yang merupakan pelajar Maahad Tahfiz al-Quran Masjid Lama Lambor Kanan memancing bersama rakannya di belakang pusat pengajian berkenaan.


Pelajar tersebut dikatakan tergelincir dan jatuh ke dalam sungai lalu dibawa arus. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain