Jurucakap bomba berkata, sebelum kejadian, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam yang melaporkan melihat remaja berkenaan terjatuh ke sungai dari Jambatan Darul Hana.


Katanya, anggota bomba yang tiba di lokasi kejadian bertindak segera menjalankan operasi pencarian atas permukaan air menggunakan menggunakan bot.


“Pada pukul 10 pagi, mangsa telah dijumpai di lokasi dilaporkan diterjatuh,” katanya ketika dihubungi di sini sebentar tadi.


Beliau berkata, mangsa kemudian dibawa ke tebingan sungai untuk mendapatkan rawatan tetapi disahkan sudah meninggal dunia.


Katanya, mayat telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.-UTUSAN ONLINE