Dalam kejadian pukul 7 pagi itu, Nasrullah Ithinin, 18, yang sebelum itu berada dalam keadaan kritikal disahkan meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan di Hospital Jempol.

Pemangku Ketua Polis daerah, Deputi Superintenden Azham Shah Azlan berkata, siasatan mendapati kemalangan membabitkan sebuah motosikal jenis Yamaha Y15ZR dipercayai dari arah Keratong menuju ke Bahau.

"Mangsa yang menunggang motosikal tersebut dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke sebelah kiri jalan," katanya hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa dibedah siasat di hospital sama dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - UTUSAN ONLINE