Ketua Polis Daerah, Superintenden Ahmad Nasir Jaafar berkata, mayat mangsa, Muhammad Solihin Rosli, 16, ditemukan orang awam yang membuat laporan kepada polis kira-kira pukul 5.05 petang.

"Difahamkan mangsa yang merupakan pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Taman Kenari keluar dari rumahnya di Taman Merak dengan menaiki motosikal berkenaan kira-kira pukul 6.30 pagi. Selepas itu, dia langsung tidak pulang ke rumah.

"Siasatan awal mendapati mangsa terbabas sendiri sebelum terjatuh ke dalam longkang. Sehingga kini, punca kematian masih belum dapat disahkan kerana mayat mangsa masih dibedah siasat di Hospital Kulim," katanya ketika dihubungi Utusan Online, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE