Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Ashmond Bajah memberitahu, sebelum itu mangsa dipercayai lemas ketika sedang mandi bersama-sama rakannya.

“Mangsa dipercayai mandi di kawasan berkenaan bersama tujuh rakannya sebelum hilang dan dipercayai lemas.

“Ketika kejadian dipercayai arus deras ekoran cuaca hujan ketika itu,” katanya menerusi satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Misi mencari dan menyelamat dijalankan pihak bomba dan polis. - UTUSAN ONLINE