Bapanya, Datuk Dr. Sharifuddin Musa berkata, anaknya yang dimasukkan ke pusat tahfiz tersebut kira-kira setahun lalu melecur di bahagian belakang badannya.

“Semasa mendapat panggilan telefon mengenai kejadian saya terus bergegas ke tempat pusat tahfiz ini. Semasa sampai anak saya sudah berjaya dikeluarkan.

“Dia beritahu belakangnya cedera dan saya minta dia untuk bersabar dan mengucap sementara menunggu bantuan” katanya. - UTUSAN ONLINE