Yang Dipertuanya, Azkhalim Suradi berkata, barangan yang sangat diperlukan adalah berupa makanan dalam tin, ubat-ubatan, barangan bayi, jet air, paip getah , baldi dan penyapu.

Katanya, sumbangan barangan seperti pakaian dan air mineral tidak digalakkan kerana sudah banyak.

“Khemah untuk pengumpulan barangan akan dipasang esok (Jumaat) di kedai saya di Lorong Bandar 16, Jalan Tun Tan Cheng Lock, (Petaling Street), Kuala Lumpur dan akan berterusan selama lima hari.

“Segala sumbangan barangan boleh dihantar pada bila-bila masa bermula pagi esok. Sekiranya sambutan menggalakkan, kami akan melanjutkan penerimaan barangan sehingga Jumaat minggu depan,” katanya kepada Utusan Online di sini hari ini.

Menurut Azkhalim, pihaknya akan menghantar sumbangan barangan tersebut kepada mangsa banjir pada 18 November ini.

“Kami juga akan mengumpulkan seramai mungkin sukarelawan bagi membantu mangsa-mangsa banjir di utara Semenanjung khususnya di Pulau Pinang,”ujarnya.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Pengerusi Perhubungan Pekida Wilayah Persekutuan, Rohaida Roslan di talian 019-3673908 atau Ketua Penerangannya, Saiful Nizam Saiful Bahari (018-2197481). - UTUSAN ONLINE