Insiden mengerikan itu berlaku kira-kira pukul 5.30 petang ketika mangsa yang berusia 32 tahun sedang menjalankan kerja-kerja mengisar daging.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu, Timbalan Penguasa Bomba Kamarulzaman Md. Din berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada Hospital Melaka pada pukul 5.44 petang untuk membantu mengeluarkan tangan mangsa dari mesin berkenaan.

Beliau berkata, sepasukan anggota berjaya mengeluarkan tangan mangsa kira-kira 10 minit kemudian selepas membuka komponen mesin berkenaan menggunakan alat pemotong mini hidrolik.

“Mangsa diberikan oksigen dan ubat penahan sakit oleh pegawai perubatan ketika kita cuba mengeluarkan tangannya dari mesin itu.

“Selepas dikeluarkan, pihak kami mendapati empat batang jari mangsa mengalami luka terkena bilah pengisar manakala satu jarinya telah hancur,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kamarulzaman berkata, mangsa kemudian menerima rawatan lanjut daripada pihak hospital. - UTUSAN ONLINE