Dalam kejadian kira-kita pukul 8.50 malam itu, mangsa, Nurul Shazwan Hussin, 20, meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badan. 

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, berdasarkan siasatan awal, mangsa yang menaiki motosikal jenis Honda EX5 itu sedang menunggang di lorong bertentangan sebelum sebuah kereta jenis Perodua MyVi yang dipandu seorang Eksekutif Akaun sebuah syarikat swasta dikatakan telah membelok ke kanan di persimpangan berkenaan secara tiba-tiba. 

“Akibat tindakan pemandu kereta yang berusia 28 tahun itu, mangsa tidak sempat membrek dan terus melanggar bahagian kiri kenderaan terbabit. 

“Mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian dan telah dihantar ke Hospital Shah Alam (HSA) untuk dibedah siasat pada pagi ini,” katanya di sini hari ini. 

Tambah Shafien, pihaknya telah memaklumkan kejadianitu kepada keluarga mangsa manakala siasatan dilaluKn di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. - UTUSAN ONLINE