Menurut Polis Daerah Pendang, Deputi Superintenden Fadzil Hashim, kejadian kira-kira pukul 6.15 pagi itu mengakibatkan lori berkenaan terputus dua.

Katanya, kesemua 28 penumpang dan pemandu bas berkenaan dilaporkan selamat.

“Kejadian melibatkan bas ekspres Trans MVS yang dalam perjalanan menuju ke arah utara sebelum melanggar lori berkenaan di lokasi.

“Seorang pekerja Propel berkenaan maut di tempat kejadia sementara dua lagi parah,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, menurut Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Bomba Nor Hafizah Muhammad Lukman, pihaknya mendapat panggilan kecemasan pada pukul 6.24 pagi berhubung kejadian.

“Setiba jentera bomba di tempat kejadian mendapati lokasi melibatkan sebuah bas persiaran dengan sebuah lori.

“Dua mangsa tersepit dalam lori berkenaan. Seorang lelaki berusia 60-an yang menumpang di belakang lori disahkan maut di tempat kejadian,” katanya.

Tambahnya, dua lagi pekerja Propel cedera parah pada bahagian kepala dan badan. - UTUSAN ONLINE