Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu, mangsa Mohd. Arif Ghazali, 27, baharu sahaja memberhentikan kenderaannya di lokasi itu untuk menjalankan kerja penyelenggaraan tanpa memasang bendera.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, seorang pemandu kereta dari arah Lunas menghala ke Seberang Jaya berhenti secara mengejut bagi memberi laluan kepada kenderaan mangsa.

“Sebuah lori yang mengekori kereta dari arah sama gagal berhenti dan melanggar kereta terbabit sebelum terbabas dan merempuh mangsa yang berada di lorong kanan lebuh raya.

“ Akibatnya mangsa yang cedera parah meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk dibedah siasat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambahnya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.- UTUSAN ONLINE