MOHD. FIRDAUS
MOHD. FIRDAUS

Dalam kejadian kira-kira pu­kul 11.30 malam itu, mangsa, Mohd. Firdaus Abd. Talib, 41, meninggal dunia di tempat kejadian, manakala dua lagi rakannya, Zulhelmi Arsyad, 24, dan Asmawi Yahya, 38, terselamat.

Pe­ngarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khi­rudin Drahman berkata, mangsa yang meninggal dunia dilaporkan jatuh dari keting­gian 12 meter ma­nakala dua lagi pekerja yang ter­selamat masih berada di gelangsar gantri tersebut.

“Anggota kita terpaksa menggunakan jentera Turn Table Ladder (TTL) untuk me­nurunkan kedua-dua mangsa yang mana seorang daripadanya ce­dera di bahagian kaki, manakala seorang lagi tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Mangsa terakhir diturunkan kira-kira pukul 1.15 pagi dan operasi menyelamat ditamatkan sepenuh­nya pada pu­kul 2 pagi,” kata­nya.

Sementara itu, MMC Gamuda KV­MRT Sdn. Bhd. (MMC Gamuda) da­lam satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya dan MRT Corporation Sdn. Bhd. kini sedang menjalankan siasatan berhubung punca sebenar insiden terbabit.

“Tapak pembinaan tersebut di bawah Pakej Kerja V203 dan kontraktor pakej kerja (WPC) adalah IJM Construction Sdn. Bhd.

“Penggunaan gelangsar gantri dalam pembinaan tersebut memang mengikut prosedur keselamatan yang ketat dan disahkan selamat, bagaimanapun, bagi mengelak kejadian sama ber­ulang, kami akan pertingkatkan lagi prosedur dan pemeriksaan keselamatan di semua gelangsar gantri yang sedang digunakan di tapak projek,” katanya.