Dalam kejadian pukul 8.15 malam itu, mangsa yang berusia 20-an dan masih belum dikenal pasti identitinya, dikatakan tiba-tiba pengsan.

Rakannya yang menyedari perkara tersebut, kemudian menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri untuk meminta bantuan.

Pasukan bomba dengan kekuatan 17 anggota yang tiba di lokasi kejadian kemudian membawa turun mangsa sebelum lelaki itu disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini untuk tujuan bedah siasat. - UTUSAN ONLINE