Dalam kejadian kira-kira 12.30 malam itu, mangsa yang maut ialah Ibrahim Salim, 60, dan mereka yang cedera masing-masing adalah Chan Hong Guan, 33, serta Mohd. Zulzakwan Mohd. Hasni, 23.


Difahamkan, Ibrahim ketika kejadian sedang mengawal kenderaan yang melalui lokasi mereka melakukan kerja-kerja pemasangan paip di tempat kejadian.


Sementara itu, Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip yang mengesahkan kejadian berkata, siasatan awal mendapati kereta jenis Toyota Camry dipandu seorang lelaki berusia 40 tahun hilang kawalan lalu merempuh mangsa.


“Pelanggaran itu menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian dan mengakibatkan dua lagi cedera manakala pemandu tersebut yang turut cedera kini dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF),” katanya ketika dihubungi sebentar tadi. -UTUSAN ONLINE