Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, mangsa yang maut dikenali sebagai Su wei Shang , 40-an, manakala rakannya pekerja warga Indonesia, Fuad Sidek Irmawan, 30-an, mengalami kecederaan di kepalanya akibat terjatuh.

Menurut sumber, kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa yang merupakan penyelia di situ bersama Fuad sedang melakukan kerja-kerja kimpalan di dalam ruang tertutup di tongkang berkenaan.

“Kira-kira setengah jam kemudian, Fuad tiba-tiba menjerit meminta tolong kerana mereka sukar bernafas di situ.

“Rakan sekerja yang lain kemudian bergegas turun ke bawah untuk membantu kedua-dua mangsa, namun mereka sudah rebah dan tidak sedarkan diri,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong, James Whelan berkata, pihaknya bergegas ke lokasi sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 4.10 petang.

Ujarnya, pihaknya tiba di lokasi kejadian kira-kira pukul 9.15 malam dengan menggunakan sebuah bot yang mana jarak lokasi dari jeti Pusa ke tempat kejadian mengambil masa satu jam setengah.