Dalam kejadian kira-kira pukul 10.20 malam tadi, mangsa, Wan Lukhman Wan Faizal yang menaiki motosikal jenis Yamaha LC 135 dipercayai terbabas sendiri ketika melalui jalan itu menuju ke rumahnya di Penaga.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor, mangsa maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala manakala motosikalnya turut mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan.

"Siasatan berkaitan kejadian ini masih diteruskan dan buat masa ini kita mendapati tiada kenderaan lain terlibat dan mangsa terbabas sendiri ketika kejadian.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kepala Batas bagi proses bedah siasat," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE