Dalam kejadian kira-kira pukul 6.05 pagi itu, mangsa Abdul Fadhil Ab. Razak, 29, yang dalam perjalanan ke tempat kerja maut di tempat kejadian selepas dirempuh dari belakang oleh sebuah kereta Perodua Myvi yang terbabas.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di beberapa bahagian badan.

“Ketika kejadian mangsa berhenti untuk berteduh kerana hujan sebelum dirempuh Perodua Myvi itu yang dipandu seorang warga emas berusia 67 tahun yang merupakan pengawal keselamatan.

“Kejadian itu turut melibatkan seorang lagi mangsa berusia 55 tahun yang turut berhenti untuk berteduh,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tambah Nik Ros Azhan, mayat mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk dibedah siasat.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - UTUSAN ONLINE