Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Ng Ah Lek berkata, mayat mangsa yang dikenali Jenal, 27, dari Jawa, Indonesia disedari penyelia yang ternampak mangsa terbaring berlumuran darah di tingkat bawah pada pukul 6 petang.

“Sebelum itu, penyelia berkenaan datang mencari mangsa namun tidak menjumpainya.

“Ketika kejadian, mangsa sedang bekerja di tingkat 10 bangunan berkenaan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, hasil siasatan setakat ini tidak melibatkan sebarang unsur jenayah.

“Mayatnya sudah dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk tindakan lanjut,” jelasnya. - UTUSAN ONLINE