Kejadian tersebut dimaklumkan kepada pihak bomba pada pukul 4.52 petang sebelum sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Pantai tiba di lokasi kejadian kira-kira 10 minit kemudian.

Komander Operasi, Penguasa Bomba Kanan II, Salmi Abdul Mukti berkata, pihaknya mengambil masa lima minit untuk mengeluarkan mangsa, Tan Kok Ming, 31, yang dihempap jengkaut dengan bantuan kren yang dikendalikan pekerja binaan.

“Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia dan mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis seterusnya dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi di sini. - UTUSAN ONLINE