Peniaga berkenaan yang mahu dikenali sebagai Yani, 40-an, berkata, kebiasaannya pekerja di tapak binaan itu akan bersarapan di kedainya dan berhutang.

“Pagi semalam, salah seorang pekerja itu membayar harga mi goreng yang dimakannya sambil berkata kepada saya, ambil duit ini, mana tahu nanti saya mati,” katanya di sini hari ini.

Yani yang merupakan warga Indonesia berkata, dia berasa pelik dengan tindakan berkenaan namun tidak menjangkakan akan berlaku kejadian tanah runtuh. - UTUSAN ONLINE