Kejadian pada pukul 6.30 pagi itu dipercayai berpunca daripada sebuah kereta dari arah Taman Perwira yang dipandu seorang warga emas berusia 63 tahun secara melawan arus dan memasuki laluan bertentangan.


Akibatnya, penunggang motosikal, Sahulizam Ishak, 42, yang berasal dari Padang Serai, Kedah gagal mengelak lalu merempuh bahagian hadapan sebelah kiri kereta jenis Hyundai Matrik itu.


Ketua Polis daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, mangsa yang cedera parah di bahagian kepala maut di tempat kejadian 
manakala pemandu kereta itu tidak cedera.


“Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Kepala Batas untuk dibedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE