Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khirudin Drahman berkata, mangsa sedang berjalan kaki sebelum dirempuh hingga mengakibatkan kecederaan parah.

“Pemandu kereta seorang lelaki bersama penumpangnya, seorang wanita juga cedera parah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Khirudin, pihaknya menerima panggilan pada pukul 7.15 pagi tadi sebelum sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Tun Razak.

Tambahnya, kesemua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan. - UTUSAN ONLINE