Pemangku Ketua Polis Daerah Port Dickson, Deputi Superitendan Mohd. Faisal Mohd. Noor berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 8 pagi ketika mangsa, Leftenan Kolonel Abdul Rashid Shahdan, 54, keluar berjogging bersama tiga anak saudaranya yang berusia 11 hingga 13 tahun.

Beliau berkata, menurut keterangan anak saudaranya, mangsa yang bertugas di Kementerian Pertahanan telah turun ke dalam satu saliran di dalam muara sungai itu untuk menyeberang.

"Apabila hampir tiba ke seberang, mangsa tiba-tiba telah dihanyutkan air dan terus hilang dari pandangan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, anak saudara mangsa yang menerima panggilan telefon daripada isteri pegawai berkenaan telah memaklumkan kejadian itu kira-kira pukul 11.30 pagi.

"Isteri mangsa kemudiannya memaklumkan kejadian itu kepada polis," katanya.

Mohd. Faisal berkata, sehingga kini usaha mencari dan menyelamat sedang dilakukan oleh Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Telok Kemang denngan di bantu oleh tentera dan nelayan. - UTUSAN ONLINE