“Kami mengangkut pelbagai barangan dan kelengkapan penduduk yang telah rosak dan dikumpulkan di tepi jalan raya, namun kos dan jumlah sampah yang telah diuruskan MBPP belum dikemas kini sehingga kerja-kerja tersebut selesai.

“MBPP masih menjalankan kerja pembesihan itu sehingga ke hari ini di kawasan terlibat antaranya Legkuk P. Ramlee, Jalan Masjid Negeri dan beberapa kawasan lagi,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE