Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Pasar Besar Seremban terbakar

PASAR Besar Seremban di Jalan Tun Dr. Ismail terbakar dalam kejadian
PASAR Besar Seremban di Jalan Tun Dr. Ismail terbakar dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 malam ini.

SEREMBAN 9 Sept. - Kebakaran besar telah memusnahkan tingkat atas bangunan Pasar Besar Seremban di Jalan Tun Dr. Ismail dekat sini malam ini.

Tingkat berkenaan menempatkan gerai menjual makanan, pakaian, bunga dan barangan harian.

Bangunan dua tingkat yang berusia 39 tahun itu mempunyai sebanyak 197 gerai.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Norazam Khamis berkata, kebakaran dipercayai bermula di bahagian tengah tingkat tersebut kira-kira pukul 7 malam.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 7.37 malam dan pasukan pertama melibatkan dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban tiba lima minit kemudian.

“Sebanyak 40 pegawai dan anggota dengan tujuh jentera dari Seremban 2, Senawang dan Nilai tiba secara peringkat-peringkat.

“Api berjaya dikawal dalam masa sejam tetapi hampir keseluruhan tingkat atas itu musnah dalam kebakaran ini yang disifatkan paling besar di negeri ini tahun ini,” katanya kepada para pemberita di lokasi kejadian.

Menurutnya, punca kebakaran masih disiasat dan pasukan penyelamat tidak menemui mangsa dalam kejadian itu.

Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seremban (MPS), Datuk Abd. Halim Abd. Latif berkata, pihaknya akan menubuhkan pasukan petugas khas yang akan mencari jalan menjaga kebajikan para penjaja di pasar tersebut.

“Keutamaan ketika ini ialah bagaimana kita hendak menentukan para penjaja dapat meneruskan perniagaan mereka.

“Kita dukacita dengan kebakaran ini yang terbesar pernah berlaku di pasar besar ini,” katanya. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain